About Me

Aku insan biasa yang suker share2 pendapat tak kisah la dari segi aper. suker menulis and suker gak poyo2... huhuhu... harap blog ni akan jadi satu medan untuk kita kongsi maklumat dan pendapat bersama peaceeeeeeee :)

Friday, September 26, 2008

Thursday, September 18, 2008

Luka Lama Berdarah Kembali

"Kalau takut di lambung ombak jangan berumah ditepi pantai". Orangnyer Cancer memang hatinya degil2 belaka.. aku jek kot....huhuhu :P sudah tahu itu adalah mustahil masih nak melihat2, masih nak cuber try test... yela orang kata untung sabut timbul, untung batu tenggelam tapi dalam "kes" ni memang nasib tidak menyebelahi aku... bukan semua yang kita suker, kita nak, kita impikan akan kiter perolehi... dah tahu dah tapi aku aku ni susah sangat... tetap berkeras... yela, orang kata jugak biler hati sudah cinta, bila hati sudah suker pasti ia berhenti mencari... datang la seberapa baik pun, seberapa bagus pun.... yang disukai, diminati tetap di hati sampai mati.....

percayalah.. setiap yang berlaku ada hikmahnya. aperpun sekarang luka yang lama sudah berdarah kembali.... ni saper nak tolong ubatkan.... pedih ni....gagagagaga..... waaaaaaaaa.....

Rindu Itu Datang Lagi

Semalam aku termimpi2kan seseorang... dah lama "orang" tu tak datang dalam mimpi aku dan semalam akhirnya dier datang juga.. berulang2.. mimpi dalam mimpi.. terjaga, rupernyer still bermimpi, terjaga lagi still dalam mimpi dan terjaga kali ke-3 baru ler betul aku terjaga :P

Orang kata mimpi tu mainan tidor sahaja. yup aku mmg percaya tapi selepas mimpi tu aku raser rindu yang dulu itu datang lagi." oh Tuhan...kurindu padanya " kata camelia dalam lagu "RINDU PADANYA". Tak pasti dengan perasaan sendiri, tak pasti sama ada rindu itu yang bagai mana, mungkin rindu yang sama seperti dulu atau rindu kerana sudah lama tidak bersua. Hakikatnya aku mmg tidak boleh menidakkan perasaan yang dulu itu kini berkembang semula.... jiwang la plak kan...gagagaga.. "deck, jangan macam2....huhuuhu". Ops! :P


Camelia [ Rindu Padanya ]
Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia mengikat pandanganku
Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat ku melupakan dirinya
Terbayang wajahmu di mataku
Ingin ku tanya namanya
Tapi hatiku rasa malu
Tak terucapkan walau sepatah kata
Mungkinkah diriku telah dilamun cinta
Oh... hatiku resah selalu
Haruskah aku menyatakan
Perasaanku kepadanya
Mungkinkah dia kini telah berpunya
Getar hati makin terasa
Bila terdengar suara dan bertentang mata
Ku bagaikan bebunga kehujanan
Berkembang mekar
Di setiap ketika
Tidur malamku tak lena
Asyik teringat padanya
Bilakah mentari memancarkan cahaya
Hanyalah dirinya bermain diingatan
Oh...tuhan ku rindu padanya

Tuesday, September 16, 2008

Peperiksaan Perkhidmatan

Waaaa... takutnyer. Susah gak kejer kerajaan ni kan, nak comfirm pun kener ambik periksa. kalau swasta, cukup bulan dapat la surat. Tak yah fikir2 nak kener ambik periksa ker aper.

Peperiksaan ni start 22-25. 4 paper kener lulus semua. Kalau tak lulus " sila cuba tahun depan". :P maksimum time untuk comfirm 3 tahun jek... seram sejuk aku dibuatnyer. dah la kepala otak dah karat dah ni... Doakan aku berjaya ek. Tanak repeat paper!

22 september = Kertas 1 = Pengurusan Universiti & Pelembagaan Malaysia
23 September = Kertas 2 = Sistem Pentadbiran & Syarat2 Perkhidmatan
24 september = Kertas 3 = Peraturan Kewangan
25 September = Kertas 4 = Kertas Khusus

"Ya Allah Ya Tuhan Ku, Kau permudahkanlah segala urusan ku didunia ini. Rahmatilah diriku ini untuk berhadapan dengan peperiksaan yang bakal aku ambil ini nanti dan Engkau datangkanlah segala kesenangan dan keselesaan kepada ku dalam memberikan jawapan2 yang betul untuk kesemua kertas yang aku akan ambil. KepadaMu aku memohon, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengasihani. Amin"

Wednesday, September 10, 2008

Jalan2 Hujung Minggu


Hidup aku kalau dok umah jek memang tak jadi... memang tak bley dok diam, mau kematu otak aku...huhuhu... so setiap hujung minggu kalau takder wat paper aku mesti keluar jenjalan... jenjalan hiburkan hati, tenangkan fikiran.... kemana? mana2 jek yang aku suker... ambik kunci, start enjin, masuk gear.... jalannnnnnnn... huhuhu...
korang pernah tak raser kengkadang tak tau nak buat aper... kirer cam blur jek la kan... nak tido cam dah puas dah tido... tengok tv last2 tv tengok korang.... huhuhu... bebulan poser nih selalu la termangu jek kate orang tuer... umah takder tenet.. so tak bley la nak layan blog ker chat ker... huhuhu... so... kalau kat kuantan kat maner tempat yang best2 nak ambik angin?

Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan Kali Ini

Ramadhan kali ni rasa lain sikit bagi aku, new place n new enviroment….sudah puas merantau di negeri orang, kini aku kembali ke tempat kelahiranku… bumi pahang. Orang kata "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tapi baiknya hujan batu di negeri sendiri". kenaper ek ader pepatah camni….. dulu pernah ader hujan emas ker…gagagagaga.

Puasa dimana2 sebenarnyer samer jek… cumer biler bulan puasa datang jek, selalu teringat zaman kecik2 dulu puasa… masa tu masa bergerak cam lamer jek….. nak menunggu 10 minit cam la menunggu sejam… puas tido, bangun tak gak sampai waktu berbuka "Puasa yang yok, siang hari bukak periuk"… ayat yang sangat famous zezaman aku dulu, asal nampak muker cargas jek…"oooo… puasa yang yok ek…." pastu sendiri merah muker, kater nabil…. "lu pikir la sendiri"…… huhuhuhu… puasa makan tapi tak puasa minum… puasa minum tapi diam2 makan…. camner tuh….itu belum yang ader penyakit luper dibulan ramadhan…. bulan ramadhan jek ader penyakit luper tuh…huhuhu… dan2 jek kan….

Bulan puasa adalah bulan yang paling rajin gi mandi sungai… emmm… balik skolah cari sungai… siap konvoi ramai2 lagik…. ibarat kata cam ada pesta air jek…. memang happening la sungai tuh… sekarang ni tak tau la ader perkara ni lagik tak… zaman kanak2 dulu, itula aktiviti kitorang… outing ramai2. dak2 zaman skang susah nak outing kesungai camtu kot sebab sungai tuk mandi cam susah dah nak cari….. wahahaha

Walaupun puasa celam celup, tarawikh tak pernah tinggal…. tiap2 malam g walaupun hujan lebat ker, kener tinggal ngan family ker…. sanggup jalan kaki dalam gelap… sebenarnya kan nak tarawikh sangat…. sebab seronok kengkawan ramai kat saner selain nak rebut2 more….. tah la, fikir2 balik, aper ler yang heran sangat ngan kawan2 n more tuh… kawan2, esok kat skolah leh jumper…. more…emm, sedap lagik nasik kat umah…. tapi itu la zaman dedulu…. semangat kekawanan/kekitaan memang kuat

"zaman dah berubah…. negara dah maju" tapi ramadhan tetap disambut ceria…. cume cara kiter menyambutnyer berbeza… cara kita lalui hari2 dibulan ramadhan tu jek lain… tapi yela, umur bukannyer muda lagik nak gi mandi2 sungai… huhuhu… aperpun salam ramadhan untuk semua… Masa ni adalah masa untuk kiter tambahkan lagik amal ibadah, eratkan silaturrahim dan maafkan segala kesalahan orang disekeliling kiter…. yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan, yang rapat di mesra2 kan… supaya ikatan silaturrahim bertambah harmoni…

MULANYA DISINI

Hari ini aku akan memulakan blog aku...huhuhu... tak tau nak start ngan aper tapi kiter tengok jek la aper yang kiter akan share... berkembang atau bersawang :)

so, aku mulakan dengan intro dulu kot. intro berkenaan dengan intipati aper yang aku nak tulis...huhuhu.. aku tak meletakkan sebarang subjek kat blog ni nanti sebab aku akan postkan aper2 jek ikut suker... kirer bebas la. kin berkenaan ngan hobby aku ker, perasaan aku ker...eceh :P, atau planning akan datang atau fantasi2 yang tah paper( namer pong fantasi...huhuhu )

blog ni juga akan aku jadikan tempat untuk berkarya... kengkadang terlebey poyo bleh gak mengarang novel aku nih... huhuhu... so diharap blog ni dapat sambutan ramai.. bley tukau2 fikiran, dan leh berkenalan sekali... huhuhu...

see you soon key :)